June 29, 2011

June 21, 2011

Alhamdullilah

ya Alhamdullilah..itu je yg mampu aku cakap sekarang..di saat hari bahagia makin dekat, barangan masih banyak pending tak beli, duit booking masih berbaki segala macam masih dalam list yg panjang..dapat berita gembira dari Mr.Tunang pagi ni..Alhamdullilah ni la org kate rezeki nak kawen...sape kate bile nak kawen semuanya sempit especially DUIT??..Insyaallah rezeki ada di mana2..cepat atau lambat aje..

ALHAMDULLILAH ya Allah atas rezeki mu..amin

June 17, 2011

Kasihnya ABAH

haloo everyone..remember this sunday is Father's Day...kali ni kami sekeluarga tak decide lagi nak celebrate kat mane coz my Abah ni tak suke jalan..tp kalau jalan luar dari KL die suka la..hihi..nak ajak jauh2 susah la pulak coz dah hari ahad..budak2 nak sekolah isninnye...tunggu je la next update kemana kami pergi..hihi

AYAH & IBU
ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

KASIHNYA ABAH
Abah itu la panggilan kami adik beradik terhadap abah kami...Beliau seorang pesara..tp org nya memang tak reti duduk diam..ade je bende yg die nak buat...hobi beliau ialah bertukang..makin di larang lagi die buat..tak pe la janji beliau bahagia kan...Abah kami ni dulu garang hokey...pantang silap pasti dapat habuan..hahahaha..tp skang dah tak mcm dulu..mungkin faktor umur yg menyebabkan beliau dah cool down sikit...ye la kami pon dah besar2..tak macam dulu noty..haha..tambahan pulak ade cucu-cucu kat sekeliling die...boleh la beliau melayan kerenah bebudak tu pulak...hihi

abah saye Mohd Jaafar

Abah & Mak + Aleeya

Tak dilupakan fathers day wishes for:

Ayah Aleeya--->Happy father day ayah..semoga menjadi family photographer terbaik..hahaa..tangkap gambar kami bebanyak tau..
Ayah + Mummy = Aleeya

Papa Iman & Irfan--->papa keje keras sbb nak kawen lagi yek..hiks...

Papa = Iman + Irfan

Abah Ayim & Ayum---->upah utk ayim sbb rajin buat homework ialah Ipad2..anak zaman sekarang beruntung sesangat...tp sebenarnye abah yg terlebih suke sbb banyak game..haha

mereka memang suke berendam

last but not least----> we are soon to be..hahaha..getiks..
kesian yaya tersepit..=)







June 16, 2011

Petua org dulu utk bakan Pengantin=)

Halooo..entri kali ni ambil dari citrasupply..tertarik jugak bila membacanya..so boleh la kita share2 kan petua org dulu2 ni..walaupon akan ade yg kate ni semua 'KUNO' but why don't you read it & take it as an advise for yourself..tak rugi pon..=)

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu.



Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.


2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.


3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.


4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.


5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.


7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.


8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.


9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.


10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.


11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)


13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.


14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.


16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.


17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.


18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.


19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.


20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.


21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.


22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.


24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.


25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.


26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.


27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).


28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.


29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.


30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.


31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.


32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.


33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.


34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.


35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.


40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.


41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.


42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.


43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.


44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


pssttt..nat kate---->sharing is caring..hihi

June 15, 2011

Exchange Link!!!

Haloo everyone...actually dah lame nak buat exchange link ni..tp biasalah konon tak confident blog ni tak de sape yg nak bace..hihi...


So here you go jom la kite exchange sesama link utk share idea & share happyness for our becoming BIG DAY...opsss not only for our big day, kita pon boleh share macam-macam jugak..hihi...sharing is caring kan..=)


xoxo
simerahjambu ----> Natrah Jaafar

~~149 days to go~~

Pejam celik pejam celik..makin kurang hari yg tinggal untuk membujang..hihi…bukan la gatal kan tp berdebar jugak…banyak lagi tak settle ni…so minggu ni aku & Mr.Tunang nak settle kan segala duit booking..aku dah la pantang tengok duit banyak dalam akaun..kang tak pasal2 habis aku kerjakan utk SHOPPING..hahaha…

So this week plan hanya utk jumpa vendor & mencari goodies..haishhh..walaupon tengok dalam list mcm banyak dah settle tp sebernarnye ade je yg tertinggal..ni baru hari ni dapat tau..mcm mane kalau lagi 4 hari tetibe ade je yg kurang..takutnye..harap2 semuanya berjalan lancar la hendaknye..segala kekurangan aku tawakal aje la...ni skang tengah sebok pulak nak search design baju bertandang..adehhh..pening...tak tau nak buat gaya mana..

Semalam gi SSF..ingat nak cari bunga kecik utk lekat kat riben tp ntah kenape rase tak berkenan...tp sebenarnye tak tau nak pilih pon...hahaha..penyudahnye aku cume dapat kain organza aje..ape nak buat??haaaa...itu la misi rahsia aku..hahaha..rahsia la sangat kan..sebenarnye kain tu nak bungkus pot pouri...tu la kain dah ade..riben ngan bunga plak tak de..ari sabtu ni ingat nak try la buat..cantik ke tidak hasil keras tangan kraft tangan aku nih...hihi...

Time tengah mcm kelam kabut gini kalau pegi SPA best kan..dapat release sikit urat2 otak yg berselirat tu...tp mcm mane nak gi SPA??..baru pegang sikit dah geli geleman..muahahahaha...haishhh..nak kene mintak org sponsor la kot baru tak geli..hahaha...banyak cantik muka kau!!

semalam dok buat meeting meja bulat ngan Mr.Tunang kat umah...list down ape yg lansung tak settle & yg hampir settle...makin menjadi2 gelabah aku bila list yg tak settle lagi panjang dari yg hampir settle...oh pening kepala...kalau nak cite masalah lagi panjang kot..baik aku buat keje..=)

psssttt..nat kate--->STRESS tp badan makin NAIK susut

June 13, 2011

Bertandang Update : Theme

Holaaa everybody…di sini ingin diberitahu bahawasanya kami telah mendapat theme utk majlis bertandang..fuhhhhh..lega…

Masih kan anda ingat sebelum ni aku pernah kate yg theme utk bertandang adalah kuning kan…tp disebabkan masalah teknikal terpaksa la let go kaler kuning tu..huhu..so semalam Mr Tunang dah buat keputusan utk kaler ape yg die nak..hehehe…sekelip mata baju pon dah settle..pantas kan..haha..mcm mane tu??meh sini nak habaq mai..

Semalam tengah rilex2 kat umah tetibe Mr.tunang ajak ke jalan TAR tengok baju..aku mcm malas la kan sbb badan pon sakit akibat bersukan hari sabtu tu..maklum la atlit bidan terjun..muahaha…dalam perjalanan tu aku tanye la die kaler ape yg die nak..die pon tak tau nak kate..tp die tau ape yg die nak..haha..so aku biarkan aje die yg pilih…penat jugak mengikut nye…dari gulatis kami ke harisson..dari harisson finally kami ke jakel…adehhh…

Kat Gulatis memang tak jumpa langsung warna yg di maksudkan…terus menuju ke Harisson..kat situ memang ade warna yg dimaksudkan..haaaa..lega sikit…tp masalah nye harga teramat la mahal..(budget aku ciput)some more org SA yg ikut aku tu tak reti bahasa betoi..aku dah kate biar kami pilih dulu..die pulak sebok nak tunjuk semua kain..mula la mak nak hangin kan…aku bukan pe..aku tak nak la die keluarkan bebanyak..end up kami tak beli pon..menambahkan pening ade la…bile Mr Tunang kate nak kain yg ni die pegi tunjuk kain yg lain..haishhhhh….finally aku ajak Mr Tunang blah dari situ..hahaha..kejam kan…so last destination is JAKEL…nasib la tak ramai org hari minggu ni..maybe org sebok sbb esok nye anak nak sekolah kot..so aku boleh mencari dgn tenang & aman..hihi..dalam mase kurang dari ½ jam aku dah jumpe dah kaler yg diingin kan..haaaa..sbb pe sbb aku dah tengok contoh mase kat Harisson tu…hihihi..kebetulan kain tu memang tinggal 1pc je lagi..alhamdulillah..rezeki..ape lagi terus la kami grab..tersenyum la muke Mr.Tunang sbb dah settle mencari baju…conclusion nye utk baju bertandang kami akan tempah..bukan lagi sewa seperti sebelumnya…so nak tau tak warna ape yg dimaksud kan??? Setelah di google warna ni dinamakan sebagai TEAL & di combine kan dgn BLACK

ala2 turquoise kan..


itu la lebih kurang warnanya..ala2 la kot..aku pon tak sure...hahaha...warna kain yg kami beli gini

lebih kurang la kot...HP cokia tu sbb tak cantek

haaaa...ade yg kate meluat bace blog pasal B2B sbb semua nak cerita..semua nak bg tau..semua nak tunjuk...so what???kalau meluat jgn la bace..ni sebok jugak nak tau perkembangan semasa org..dasar BUSYBODY...kami menulis utk share idea...at least ade jugak B2B yg berjaya kat luar sana..sbb pe??sbb hasil kreativiti & idea segar mereka la...semua org ade impian..tak semestinya semua impian tu tercapai..kalau ade duit petik jari semua ade depan mate..for me at least aku boleh jugak guna pakai cara B2B ni mendeco tanpa perlu guna duit yg banyak sbb memang aku tak punya budget yg melimpah ruah...sekian terima kaseh!!

pssttt..nat kate---->pikir dgn akal bukan dengan lutut..nilai dulu sebelum membuat keputusan..

June 10, 2011

HIV Test

Holaaaa everyone..lame kan aku diamkan diri..haaha..bukan pe mood birthday tu ade lagi..ceh...

ok fast update..nak cite pasal HIV Test yg memang kelakar...al kisahnye selasa lepas aku suruh Mr.Tunang buat booking utk test kat Klinik Kesihatan Sentul..ok fine die dah buat...itu pon tak bincang ngan aku ok ke tak date tu..die book ari Khamis 09.06.11..mule la aku nak berdiri kan..mane taknye gap tu dekat sangat..mane aku nak buat keje nye..pas tu ade company event ari Sabtu ni haa..pas tu segala borang pon tak de..nasib la internet dihujung jari je...hahaa..tak kisah la janji efford tu ade kan..satu hal settle...

borang yg diperlukan

Klinik kesihatan

Kemudian tiba la harinye utk test tu...aku ni tetibe mcm muskil la pulak kan..bukan muskil ape..yg aku muskil kan Mr.tunang ni tak la pulak sebok tanye IC no. aku utk buat appointment kan..ok la maybe die dah hafal..then pagi tu aku tanye balik ngan die (appointment kul 2pm nih)

Natrah: Abg booking utk 2 org kan??
Mr.Tunang: Haaa la...tp die amik Ic no.abg je..
Natrah: abis tu Ic org ni tak bg ke??mesti die ingat sorang je ni..
Mr.Tunang: (menggelabah) eh jom kite gi klinik tu cek nak tak...

Sampai klinik tu Mr.tunang mula kan mukadimah die tanye akak misi tu:

Mr.Tunang: Kak nak tanye sy ade buat appointment kul 2pm..buat HIV test..utk 2 org
Misi: jap akak cek...eh ni sorang je yg buat appointment..laaa knp awak lupakan pasangan awak nih??nak kawen sorang je ke??
(ok aku dah nak tahan gelak..semua misi pon dah gelak..sementara beliau dah merah muke)
Mr.Tunang: Laaa sy ingat kalau bg satu nama dah consider 2 org sekali kak..tak pe cam ni akak tukar nama sy tu appointment esok..bg tunang sy buat dulu...dia nak cuti susah...
Misi: ok dah tukar...lain kali jgn lupa kat pasangan..


muke beliau tak puas ati

hahahaha...kan dah kene ceramah...ade ke patut die buat appointment sensorang je...aku ni punye la nak tahan gelak bile die kene bebel ngan akak misi tu...alasan Mr.tunang ape tau "mane la nak tau..ni baru 1st time nak kawen"..ceh hampeh...hahaha...
pamphlet tu harus di baca sbb misi akan tanye..

so aku la yg buat test dulu..takut jugak bukan sebab pe tp sbb aku ni takut pada JARUM..huhu...keputusannye adalah tidak reaktif..hihi

pssttt..nat kate--->esok company sports day..kene jadi bidan terjun utk main badminton..pukul angin la jawabnye..huhu...ai yai captain...

June 8, 2011

SUPRISE!!!

Once again thank you for all the wishes…dari Fb, officemate,kawan2 yg call, yg sms..haish..terharu masih ada yg ingat kan insan bernama Natrah Jaafar ni…

Paling terharu bila tiba2 muncul sejambak bunga yg begitu cantik utk insan bernama Natrah Jaafar…pengirimnya tentula Mr.Tunang tersayang..setelah di warning lebih setahun lalu supaya tidak mengirim bunga ke ofis maka ini menjadi yg pertama selepas setahun..hahaha…oh dear you are so sweet…mane tak nye semalam beliau mengatakan bahawa “syg this year tak ade ape2 present tau..bunga pon tak ada..coklat pon…hanya ada dinner malam ni je..ok”..for me itu dah cukup..ya semalam kami berdinner di atas bukit..kat look up point ampang..pon dah lama kami tak kesana setelah bertunang…semalam kate nye hanya nak makan dekat2 je..nasib la aku tak pakai seluar track suit & selipar jamban..kalau tak naya je..haha..


Kisah Natrah--->Seorang anak perempuan yg dilahirkan tanggal 8.6.86 pada jam 9.10pagi..mak kate mase tu hari raya pertama..sempena hari org nak membayar FITRAH maka jadi lah nama aku NATRAH..hihi…pendek & ringkas kan…hmm..lagi nak cite ape??hahaha…ok itu sahaja..tak de idea yg mencurah2 nak menulis…

Oh ya lupe pulak..kan aku kate Mr.Tunang hantar bunga kan…ni bunga nye..

12pcs pink roses + 6 pcs white lily

aku call die says thank you..and I ask one question to him:

Natrah: Thanks abg..beautiful flower..kate tak ade pape..hihi
Mr.Tunang: welcome syg…kate surprise kan..
Natrah: Cantik..pink roses + white lily..tp kenape pink & putih??
Mr.Tunang: sbb KASIH YG SUCI…
Natrah: hahaha..berangan jadi Seth Tan lagi..ok fine..it’s lovely…

Tak boleh blah kan..tp memang sweet..

Pssttt..nat kate--->he want us to go Cameron Highland for honeymoon..oh gosh..gara2 cerita Nora Elena..

25th TODAY!!

Ya it’s my birthday..jom nyanyi…


Happy birthday to me..happy birthday to me…
Happy birthday to dear Natrah..happy birthday to me..

hihihi...hari ni busy sikit..keje banyak pas tu nak handle pasal family day lagi..adehhh..so later2 baru update pasal Kisah Natrah sepanjang 25 tahun ni yek...
 
dinner last nite at look up point

my love of the ring's..haha

June 7, 2011

Wedding Update : Dah dapat kasut yeayyy...

Yeayy..yeayyy..i like…sangat suka..hahaha..ape kes..ok nak bg tau aku dah pon jumpe kasut idaman utk majlis kawen nanti ok..biasa2 aje..yg penting mesti bling2 ok..i like bling2…baru la meriah kan..walaupon hanya pakai di kaki..tp bg aku kasut ni dari kaki naik terus ke hati..muahaha…

Cerita pasal kasut utk hantaran seterusnye dijadikan kasut utk reception ni kan (jimat kos) dah lebih sebulan hunting pasal kasut ni…memule memang first choice kasut kat Nine west ni la kan..
suka dgn segerombolan bunga yg kat depan tu

tp tak jadi beli coz walaupon platform tp tinggi sangat pulak..takut salah langkah tergolek pulak..maklum la nanti mase wedding kene jalan atas tar yg confirm tak rata..hihihi…pas tu aku try ke Vincci+ kat midvalley…majority nye bling2 kan…terus tertarik nampak bercahaya..haha…mase tu konon mcm tak nak..pas tu bile balik dah tak boleh tido..nak jugak2…ari sabtu lepas baru la berpeluang nak gi kesane balik…nak grab terus tak mo pikir dah…tp memang duka cita bila size 5 dah habis..waaaaa…mahu nangis sementara Mr.Tunang dah gelak2..tetibe idea dtg:

Natrah: Miss mane lagi ade Vincci + ??
SA: ada dekat Sunway,Pavilion & Bangsar Village
Natrah: Miss boleh tak u tolong I check kat mane ade saiz 5 utk kasut ni
SA: sekejap ya I call
_____________________________________________________________________________
Mr.Tunang: Mane sempat nak gi tempat lain ni dah pukul 6p.m..nanti nak gi org bertunang la sane la sini la
Natrah: Shhhhh…sempat2..I belanja u eskrim ok..=)
(dalam hati berdoa harap2 la ade..huhu..kang tak boleh tido lagi)
_____________________________________________________________________________
SA: Miss kasut ni dekat Bangsar Village je ada lagi..lain tempat habis
Natrah: ya ke..boleh tak u reserve kan utk I saiz 5..sekarang jugak I pergi ambil
SA: ok u isi form ni nanti I reserve kan utk u…
_____________________________________________________________________________
Mr.Tunang: Yes dapat makan eskrim free..haha
Natrah: tak kisah janji dapat kasut…;P

Yeayyy..nak melompat…suka…terus ajak Mr.Tunang ke bangsar village utk ambik kasut (tp dgn upah eskrim)…sampai sane try pakai sambil tengok depan cermin berangan jadi PRINCESS..hahaha..(ok meluat)


pandangan belakang

pandangan tepi

oh..maaf ye pandangan depan tak de..biarlah rahsia...sbb nanti aku akan excited nak pakai..biarkan aku lupa mcm mane rupa nye kasut ni...supaya perasaan excited tu tak melonjak2..hahaha..

Seperti dijanji kan..upah eskrim utk Mr.Tunang...he's very demanding...tak mo dah eskrim pop nih..hihi


as usual..aku la yg over..hihi

psssttt..nat kate--->merelik youuu...

June 6, 2011

Cuti Sekolah = Kenduri

Holaaa…hihi..ya musim cuti penuh dgn aktiviti kenduri kendara..tak kira la kenduri kawen ke kenduri bertunang ke kan..janji kenduri…kekeke..Tp musim cuti sekolah ni aku sempat gi 2 kenduri aje…kenduri kawen & kenduri bertunang..yg lain bukan tak nak gi tp masa tak mengizinkan…ape2 pon tahniah diucapkan kpd semua yg dah bertukar status ye…semoga bahagia ke akhir hayat..

Ok malas nak bebel banyak2..mari kita mula kan dgn majlis kawin Pn.Anna Farhana (29.05.11)..alkisah nye Anna ni adalah kawan mase aku sekolah kat Teknik Muadzam dulu..dari form 4-5 la kan..classmate gitu..pas tu hubungan kami berlanjutan sehingga kat PUO pulak..classmate jugak lagi..hihihi..panjang jodoh kami..kalau nak tau Anna ni la jugak yg kenen kan aku ngan Mr.tunang..eceh ceh..terimbas kembali pulak..ya Anna ni la punca nye aku terjatuh Chenta kat Mr.Tunang..hahaha…mcm mane??secara ringkas dialah yg inform kat Mr.Tunang aku ni tak de transport nak ke bus stop..full stop..hahaha…thanks Anna…jodoh kami panjang rupenye..akhirnye kami pon nak kawen jugak November nanti..jom layan pic sekitar majlis…tak banyak pon..sbb sebok nak bergosip…

antara hantaran

pelamin

geng bas sekolah..haha

me with bride

mereka bersanding

the gift

Itu perihal majlis kawen..ni pulak nak cerita pasal majlis pertunangan one of my besties jugak..hiks…wah kalau nak cerita pasal percintaan dorang memang aku tak berape nak tau la kan..tp ape yg aku tau ialah mereka dah pon bercinta hampir 10 TAHUN u olssss…OMG…patut nye korang kawen je terus cik Zelinda oiiii..yg paling best mereka juga adalah jiran tetangga..what a coincidence..mase yg paling best ialah bila tiba hari raya..hahaha..tak payah nak berebut balik kampong…syiokkkk..hahaha…majlis cik lin ni ari sabtu (04.06.11) lepas Isyak..kat rumah beliau..jom la layan pic aje yek..

final touch up

opsss.terlebih sudah with mama khalish

ni mak andam bidan terjun utk pasangkan veil

close up sikit..waaa..pandai la cik jijah

antara hantaran..

ni namanya duit tanda..bg adat johor katenye..

boleh senyum dah..cik lin anda gojes..

hik..hik

the goodies...

haaa..banyak kan gambar..utk gambar Pn.Anna maaf bebanyak sbb kami sibuk bercerita...utk majlis Cik Lin gambar ade lagi..tp biar la tuan badan yg riview yek..kang ai terover pulak..

last but not least..to Pn.Anna..semoga bahtera yg baru dibina akan kekal bahagia hingga hujung nyawa...ko kawen dulu sebelum aku ok..hihi..to Cik Lin...semoga tabah menempuh alam bertunang..ingat sabar itu penting utk segalanya & yeayyy aku kawen dulu..hahahaha...

June 3, 2011

Wedding Update : Checklist

Halooo korang..dalam tengah sibuk kire duit yg dah mengalir..susun2 resit tetibe tengok checklist banyak yg tak hupdate..hahaha..terkejut aku tengok mcm banyak je tak membeli-belah lagi...setelah disemak..dikaji..di potong akhirnye jadi la gini..

Tarikh Nikah – 11.11.11 (insyaallah lepas Asar)
Tarikh Sanding – 12.11.11 (1.30p.m)
Tarikh Bertandang – 19.11.11 (Perlis)

THE MOST IMPORTANT THINGS!
1) kursus kahwin – 26/02/11 & 27/02/11
2) borang kebenaran kahwin –
3) HIV test (3 month before wedding) –
4) kadi & saksi –

PAKAIAN
a) nikah (bride) - theme pink
1) dress – custom made (done)
2) veil & tudung for nikah – Done
3) accessories –
4) shoes -
5) bunga tangan -

b) nikah (groom) - theme pink
1) baju melayu – custom made (done)
2) samping - done
3) songkok - done
4) butang baju -
5) shoes –
 
c) resepsi KL (bride) – theme grey
1) dress – done
2) veil – done
3) shoes -
4) accessories – done
5) bunga tangan – done

d) resepsi KL (groom) – theme grey
1) suit (silver/grey) – done
2) shoes
e) family
1) reception at kl (pink) - done
2) reception at perlis– done

f) pengapit
1) Perempuan (KL) – done
2) Lelaki (KL) –
3) Perempuan (perlis) – done
4) Lelaki (perlis) -

MAKE UP
a) nikah – done
b) resepsi – done

HANTARAN
a) Bride's (me to him)
1) jam tangan - done
2) cincin -
3) gadget -
4) tafsir quran + sejadah - done
5) tba -
6) shoes - done
7) cake -

b) Groom's (him to me)
1) mas kahwin + bling2 -
2) telekung -
3) jam tangan - done
4) handbag + purse -
5) coklat -
6) Kasut – done

CATERING & CANOPY
1)nikah – sendiri (rewang)
2)Sanding –  Catering Services (deposit 10%)

PELAMIN
1) nikah – akan difikirkan ikut lokasi (KIV)
2) sanding – done

GIFT
1) for all guests during kenduri  -
2) for kids (candy) -
3) for main table –
4) gift marhaban - done
5) for nikah –
6) upah kadi –
7) saguhati saksi (2) -

KAD KAHWIN
1) Amazon card

BILIK PENGANTIN
1) cadar- done
2) lampu -
3) hiasan -
4) bantal kecik-kecik – done
5) sarung bantal -
6) langsir - done
7) bunga - done
8) carpet - done
9) fragrance for room – done
10) meja kecil -

MISCELLENOUS
1) signage -
2) bunga manggar –
3) bunga pahar -
4) PA system & DJ - done
5) kompang – done
6) photographer – done
7) langsir rumah - done
8) walkaway and red carpet – done by vendor
9) spa –
10) inai – done
11) guest book corner –
12) Corsages - done

HONEYMOON
1) Where??

itu la die serba sedikit berita terkini..hahaha..rase nye ade lagi kot nak tambah..tp as to date tak dapat nak pikir lagi..haishhh...

psssttt..nat kate--->korang simpan mane segala resit beli belah??aku?? kat dalam ni

opsss..terlebih sudah...=)

June 2, 2011

Kembali Tersenyum

walaupon masih lagi berperasaan MELUAT..tp aku dah cool sikit bile dapat berita happy..hihihi..ape die??nanti la cite..belom confirm lagi..tp memang sesuatu yg mengujakan & will be my first ever experience...stay tune---->JULY=)

Con't - PERASAAN

sambungan dari cerita semalam...

Bile dah berpersaan gini mcm2 dah aku pikir..sampaikan semalam bile Mr.Tunang ambik terkeluar dari mulut aku kate "nak resign jadi suri rumah je"..huhuhu..nasib dapat kata-kata hikmat dari beliau pas tu aku ok la sikit...

harini masuk je opis dgn semangat baru senyum sampai ke telinga..tak sampai 1/2 hari aku dah pikir balik "NAK CARI KEJE LAIN"..nak nangis..nak jerit..nak marah..mcm-mcm nak laaaaaa....MELUAT..ok bai


coretan dari insan yg tak tentu arah!!

June 1, 2011

PERASAAN!

haish..hari ni tak tau nak kate pe la...mcm2 perasaan wujud nih...kat opis keje melambak tp aku tak tau nak buat mane dulu...nak buat yg ni yg satu tu urgent..buat yg urgent yg ni pulak kene cepat..nak buat semua aku pening kepala..dah siap yg sebeban ni dtg pulak yg lain mintak duit..adehhh..duit..duit..duit..tu la bile dah keje kat bahagian kewangan ni...hari2 dok mengadap duit kompeni...

tengah hari td ade information meeting kat Le Meridien..tenang la sikit jiwa aku bile boleh kuar jenjalan...tengok makanan nampak menarik tp aku tak berapa suka..ke aku yg tak berselera??sbb aku tengok org lain makan lazat je..siap tambah bagai..ke aku yg tak reti merasa makanan..hahaha...ape yg kami dapat mase meeting tu??dapat ni ha
BUNGA
ye bunga...hahaha..bunga ni memang cantik..siap ade yg bawak balik lagi bunga nih..haha..tetibe i was thingking that "cantik jugak kan bunga ni kalau jadikan centerpiece utk meja tetamu"..hikhikhik..sempat lagi tu pikir pasal kawen...
menarik kan..

abaikan gambar yg senget nih..

abis meeting balik opis..kene balik hadap keje...nak balik awal keje banyak..balik lambat kang gelap sape nak amik??sbb Mr.Tunang kate die lambat..nak balik sendiri pulak dah biasa 'termanja' 3-4 hari berambik berhantar..haishhh...

psssttt..nat kate---->hari-hari stress...cepat la hari minggu...