August 2, 2012

Tragedi menyayat hati

halooo..assalammualaikum...semalam siapa yg tengok berita & hari ni yg baca surat khabar mesti tengok berita mengenai kemalangan yg melibat kan suami & isteri sarat hamil meninggal akibat tersepit diantara bas sekolah..

untuk makluman mangsa perempuan tersebut ialah ex-schoolmate aku mase kat sekolah teknik muadzam shah, pahang..lepas je habis sekolah memang lansung tak pernah ketemu walaupon kami masing2 duduk di KL...akhirnya berita ini yg aku dapat tahu melalui page EX-SMTMS kat FB..

Berikut ialah berita penuh mengenai kejadian semalam di Harian metro hari ni

Disepit dua bas


NAHAS...anggota polis trafik menyiasat kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri, semalam. Gambar kecil, Noor Edayu. KUALA LUMPUR: Selaku anggota polis trafik, menguruskan mayat mangsa kemalangan sudah menjadi sebahagian tugasnya, namun tidak pernah terlintas di fikirannya satu hari nanti akan mengendalikan kemalangan maut membabitkan anak dan menantunya sendiri.


Itulah kesedihan terpaksa ditanggung Pembantu Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil sejurus diberitahu anak kedua dan menantunya terbunuh selepas tersepit antara dua bas dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Jalan 15/56, AU3 Keramat, Taman Setiawangsa, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, anak Roslan, Noor Edayu, 26, yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala suaminya, Koperal Hafeeze Mohd Hanafi, 30, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.


“Kebiasaannya arwah memandu ke tempat kerja selepas menghantar anak sulungnya yang berusia dua tahun ke rumah pengasuh, namun berlainan dengan hari ini (semalam), dia membonceng motosikal bersama suaminya,” katanya sebak.


“Saya tidak menyangka arwah pergi meninggalkan kami kerana ketika berbuka puasa bersama-sama Ahad lalu, tiada tanda pelik yang ditunjukkan melainkan arwah ada memberi wang perbelanjaan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya sebak.


Menurutnya, arwah Noor Edayu bekerja sebagai pembantu tadbir di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) manakala suaminya bekerja di Pusat Komputer Pengurusan Gaji, Kementerian Pertahanan.


Roslan berkata, jenazah Noor Edayu akan dikebumikan di kampung mereka di Masjid Tanah, Melaka manakala Hafeeze akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan.


Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua bas sekolah, dua motosikal dan lima kereta.


“Mangsa tersepit di antara dua bas sekolah yang sarat membawa penumpang. Keadaan jalan cerun menurun dan ketika itu cuaca dalam keadaan baik,” katanya.


Katanya, pemandu bas sekolah berkenaan yang patah kaki kanan sedang dirawat di HKL akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Difahamkan, bas yang dipercayai menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit dan merempuh sisi kanan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.


Berikutan hentakan yang kuat itu, bas sekolah yang dirempuh kemudian melanggar sebuah Proton Waja di hadapannya manakala sebuah Perodua Kancil dari arah bertentangan yang cuba mengelak melanggar sebuah motosikal lain.


Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu bas yang dirempuh cedera dan seorang pembonceng motosikal patah kaki kanan.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

subhannalah...sungguh menyayat hati..takziah kepada keluarga arwah..sungguh tak dapat bayangkan ape la perasaan anak kecil yg tak tau apa2 tu sekelip mata menjadi yatim piatu..pasti tercari2 kelibat ayah & ibunya..entah lah..Allahuakbar, menitis airmata terkenangkan nasib anak comel ni, semoga anak ini sentiasa dilindungi dan dipelihara sebaik - baiknya..semoga kamu terus tabah sayang..huhuhu...

kawan2 sedekahkan al-fatihah buat arwah Ayu, suami & anak yg dikandungnya..semoga mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman..amin..

4 comments:

  1. al- fatihah.. aku xbape nak cam la arwah ni... semoga beliau ditempatkan dikalangan org beriman.. aminnn..~

    ReplyDelete
  2. ain..ko tengok kat page EX-SMTMS..ade gambar ayu..aku pon tak cam..tp tengok gambar baru tau..edayu yg tinggi2..

    ReplyDelete
  3. nat... kesian sgt kt arwah ayu ni.. masa leen pegi tgok.. anak die dalam perut tu dh cukup sifat dah... anak lelaki.. rambut pon lebat..tapi tak dapat diselamatkan.. sedih sangat.. tak sangka die pergi begitu cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan ana..dah sampai waktu dia..huhu..kesian kat anak yg die tinggalkan tu jugak...huhuhu...

      Delete