July 23, 2012

Resipi : Nasi Minyak

haloooo..haaa ari ni aku nak share resipi yg aku masak semalam..NASI MINYAK..mane tau kot2 jemu makan nasi putih boleh la masak nasi minyak..senang je pon..cewah

Bahan-bahan
3 cawan beras
3 sudu minyak sapi
3 sudu susu cair
1 batang kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
4 biji cengkih*
2 biji buah pelaga*
2 biji bawang merah - dihiris*
1 biji bawang putih - dihiris*
1/2 inci halia - dihiris*
daun pandan - ikat simpul*
garam
1 1/2 cawan air
kismis (optional)

cara-cara
panaskan kuali dgn minyak sapi & tumis bahan bertanda * hingga garing & naik bau..kemudian masukkan beras yg sudah dibasuh, kismis (kalau x nak pon tak pe..aku x masukkan pon) , air & sedikit garam..kacau beras hingga rata beberapa minit & masukkan kesemuanya dalam rice cooker..kemudian barulah masukkan susu cair, kacau rata & biarkan nasi masak..

haaaa..senang kan...kalau nak nampak menarik tabur la bawang goreng & daun bawang sikit...perghhhh pas ni tak payah tunggu org kawen pon dah boleh makan nasi minyak..hikhik..

maaf tak de gambar nak di tayangkan... ;)

No comments:

Post a Comment